Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Tak Ambil Kesempatan Pergeseran Dalaman Pakatan Pembangkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Tak Ambil Kesempatan Pergeseran Dalaman Pakatan Pembangkang

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk mengambil kesempatan di atas pergeseran dalaman, di antara pemimpin pakatan pembangkang, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata bukan cara BN untuk bergantung kepada kelemahan pihak lawan apabila berdepan pilihan raya sebaliknya akan bekerja dengan lebih keras bagi memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita kuatkan jentera UMNO dan dekatkan diri dengan pengundi bagi menjelaskan isu-isu semasa supaya dapat keyakinan pengundi seperti di Selangor,” katanya mengulas perkembangan pergolakan dalaman PKR.

Pergolakan terkini parti itu berlaku apabila wujud dua kem iaitu sama ada menyokong atau menentang rundingan dengan PAS bagi kerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Tajuddin yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditemui selepas melawat MyFarm Outlet Putrajaya di sini hari ini berkata jentera UMNO akan terus memberi penerangan mengenai kegagalan kerajaan negeri Selangor memerintah selama dua penggal.

“Sebelum ini, mereka mendabik dada boleh membela rakyat dan memerintah lebih baik daripada BN tapi sudah dua penggal, tiada apa yang dapat ditunjukkan mereka.
Jadi ini satu kesempatan untuk BN merampas kembali Selangor yang dahulu kita yang usahakan untuk menjadi negeri termaju di Malaysia, ” katanya.

Tajuddin berkata soal perpecahan antara pemimpin pakatan pembangkang menunjukkan bahawa mereka tiada kesepakatan.

“Sebaliknya kita BN, walaupun mempunyai banyak parti komponen tapi kita berpegang pada pemimpin kita yang pertama iaitu presiden parti yang juga Perdana Menteri,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vAmCf0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.