Buaya Gergasi Seberat 300 KG Dengan Panjang 18 Kaki Ditangkap Oleh Penduduk Kampung Di Miri,Sarawak..
MIRI: Seekor buaya seberat 300 kilogram (kg) dengan panjang berukuran 18 kaki ditangkap hidup-hidup oleh penduduk Kampung Labau Sibuti di utara Sarawak.
Haiwan reptilia itu ditemui di tebing sungai perkampungan tersebut yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Miri.
Dengan bantuan kakitangan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), mereka berjaya menangkap buaya itu sebelum dihantar ke sebuah taman buaya pada petang Sabtu.
Kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Miri dimaklumkan SFC mengenai perkara itu dan mereka menghantar sebuah lori tiga tan untuk membawa buaya terbabit.
"Kakitangan SFC meminta Jabatan Pertahanan Awam Miri untuk membantu mengangkut buaya itu ke Taman Buaya Kuala Baram.
"Sebaik tiba di lokasi, buaya itu sudah ditangkap dan diikat penduduk kampung dengan bantuan kakitangan SFC," kata ketua jabatan itu, Mohd Hazle Abdul Hamid.
Ia antara buaya gergasi pernah ditangkap penduduk kampung di daerah Miri.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uCjBi5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment