Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bulu Anjing Kusut, Pemilik Dilarang Pelihara Haiwan Seumur Hidup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bulu Anjing Kusut, Pemilik Dilarang Pelihara Haiwan Seumur Hidup


DOKTOR haiwan terpaksa menggunakan tiga set pencukur untuk menyelamatkan seekor anjing berbaka Shih Tzu kerana keadaan bulunya yang kusut masai.

Missy, yang mempunyai bulu seberat dua kilogram, diselamatkan pegawai veterinar selepas ditemui di taman rumah pemilik anjing itu di Huddersfield.

Bulunya sangat lebat dan kusut sehingga haiwan itu tidak dapat melihat dan berlari-lari di dalam bulatan.

Inspektor Veterinar Kris Walker, berkata, inilah pertama kali dia melihat haiwan itu, malahan pada mulanya tidak tahu ianya anjing, apatah lagi bakanya.

“Saya membawanya ke hospital haiwan dan mereka menggunakan tiga set pencukur untuk mencukur bulunya.

“Mereka juga mengeluarkan kolar anjing yang terbenam di dalam bulunya.”

Pemilik Missy didakwa kerana menyebabkan penderitaan haiwan itu dan dilarang seumur hidup memelihara haiwan di Mahkamah Majistret Leeds.

Missy ditempatkan selama sebulan di pusat veterinar itu, sebelum tinggal di rumah baru bersama penjaga baharunya, pasangan, Jeff Noad dan Christine Morris, dari Bradford serta anjing mereka, Poppy.

“Missy gembira tinggal di sini.

“Poppy yang dipelihara sejak 18 bulan lalu juga pernah ditempatkan di pusat veterinar.

“Missy dan Poppy makan, tidur dan bermain bersama serta berpelukan di dalam kereta.

“Missy bising dan Poppy seekor anjing yang tenang. Kedua-duanya adalah sesuatu yang terbaik pernah berlaku dalam hidup kami,” kata Morris. - Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fDa57s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.