Hi! Welcome Back and Stay Tune! Celcom Kini Menawarkan Easyphone Untuk Xpax – Pelan Ansuran Untuk Membeli Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Celcom Kini Menawarkan Easyphone Untuk Xpax – Pelan Ansuran Untuk Membeli Telefon Pintar

Celcom sebelum ini sedia menawarkan pelan ansuran untuk membeli telefon pintar bagi para pengguna pelan pascabayar. Hari ini, penawaran sama turut diperluaskan oleh Celcom untuk pelanggan prabayar mereka dibawah Xpax.

Dinamakan sebagai Easyphone for Prepaid, pelan ansuran ini dijayakan oleh Celcom hasil kerjasama dengan AEON Credit Service. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh Celcom dalam membolehkan para pengguna dapat menggunakan pelbagai peranti terkini tanpa terbeban dengan kos yang tinggi biasanya terpaksa ditampung ketika ingin membuat pembelian.

Celcom mengatakan sebanyak lebih 30 model peranti ditawarkan dibawah Easyphone for Prepaid, terdiri daripada pelbagai model peranti terkini keluaran Samsung, Huawei, Oppo, Xiaomi dan sebagainya. Daripada beberapa contoh yang diperlihatkan, Celcom mengatakan pengguna Xpax boleh mendapatkan iPhone 7 Plus pada ansuran RM212 sebulan selama 24 bulan, atau Galaxy S8 pada ansuran RM214 sebulan selama 24 bulan.

Xpax Easyphone

Xpax Easyphone

Seperti biasa, pengguna akan tertakluk untuk kontrak selama 24 bulan, dan perlu membayar nilai yang telah ditetapkan dibawah pakej pembelian sesuatu peranti. Celcom turut mengatakan yang mana para pelanggan yang membeli peranti dibawah Easyphone ini akan turut menerima kredit RM30 setiap bulan selama tempoh 24 bulan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini dan membuat permohonan daripada laman Xpax hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzoAws

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


1 comment:

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.