Hi! Welcome Back and Stay Tune! Che Din sedia membantu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Che Din sedia membantu

Sukar mendapatkan pembiayaan untuk membeli kenderaan, nama disenarai hitam dan pelbagai halangan lain untuk memiliki kereta idaman, Che Din ada untuk membantu anda.

Untuk mengetahui siapakah Che Din, tonton program baru di TV Alhijrah yang bertajuk Che Din Kan Ada.

Program berbentuk majalah itu berkisar kepada bidang automotif kenderaan baru dan terpakai yang kadang-kadang mengelirukan pengguna sehingga ramai tertipu.

Antaranya masalah orang tengah, membeli kenderaan lama yang nama pemilik asal belum ditukar kepada pembeli baru dan 1,001 masalah lain.

Sehubungan itu, Che Din atau nama sebenarnya, Mohd Khadhir Hassan yang juga Pengarah Urusan Destiny Auto Sdn Bhd mengilhamkan program itu bertujuan membantu orang ramai.

Ketika ditemui selepas pelancaran program itu di TV AlHijrah baru-baru ini, Che Din berkata, program itu untuk mendidik penonton supaya menjadi pembeli dan pemilik kenderaan baru serta terpakai yang bijak.

“Ramai yang menghadapi masalah membeli kenderaan tetapi mereka tidak tahu untuk merujuk di mana. Oleh itu ada pihak yang tidak bertanggungjawab menipu mereka sehingga mereka dihimpit masalah baru.

“Program ini juga memberi informasi dan inspirasi kepada penonton selain mendedahkan lebih lanjut terhadap perbincangan isu berkaitan kenderaan baru dan terpakai,” katanya.

Che Din yang mengendalikan program 16 episod itu secara santai dan berhemah turut membawa penonton kepada proses jual beli kereta baru dan terpakai dengan mudah serta beretika.

“Saya akan tampilkan mangsa sebenar penipuan penjual kereta dan individu yang datang berjumpa saya untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah mereka.

“Menjadikan setiap paparan itu sebagai contoh dan teladan, saya berhadap penonton yang berminat membeli kenderaan baru dan terpakai akan lebih berhati-hati ketika berurusan dengan syarikat kenderaan serta individu terbabit,” katanya.

Selain itu, penonton juga berpeluang mempelajari tip mengenai kereta termasuk aspek pembelian dan penjualan alat ganti kenderaan serta syarat kelulusan pinjaman kenderaan.

Pada setiap episod Che Din juga membawa tetamu jemputan terdiri daripada pakar automatif, wakil syarikat kewangan dan selebriti tanah air.

Antara selebriti yang akan berkongsi pengalaman mereka dengan penonton ialah Norman Hakim, Memey Suhaiza, Mira Filzah dan Nora Danish.

Che Din Kan Ada mula ditayangkan sejak 14 Julai lalu, setiap Jumaat, jam 5.30 petang.

The post Che Din sedia membantu appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fH1yQR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.