Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Curva Off’, Ultras Malaya Protes Tak Mahu Bersorak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Curva Off’, Ultras Malaya Protes Tak Mahu Bersorak

SELAIN persembahan yang bakal ditunjukkan pemain-pemain bola sepak di atas padang, sudah pasti chant atau sokongan suara dari Ultras Malaya (UM) antara yang dinanti-nantikan.

Semalam, banyak kita dengar isu-isu berbangkit semasa penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak antara Harimau Muda dengan pasukan Thailand berlangsung di Stadium Shah Alam. Dengan isu ulat tiketnya, dengan isu rempuhan kaunter tiket dan sebagainya.

Baca: ‘Ulat Tiket’ Buat Rakyat Panas, Suka Hati Naik Harga

Kini, Ultras Malaya telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mereka memuat naik satu posting menyatakan Curva Off. Mereka juga dikatakan tidak akan membuka curva sebagai solidariti kepada penyokong-penyokong bola sepak yang datang dari jauh bersusah payah untuk mendapatkan tiket perlawanan.

“Ultras Malaya secara rasmi tidak akan membuka curva untuk perlawanan akhir esok sebagai tanda solidariti buat komrad dan juga penyokong lain,” tulisnya di laman Facebook.

Mereka juga turut kesal dengan berita penyokong-penyokong yang sudah menghabiskan empat ke tujuh jam beratur di Stadium Shah Alam dan terpaksa pulang dengan hampa apabila tidak berjaya mendapatkan tiket perlawanan tersebut.

Nyata posting yang dikeluarkan Ultras Malaya mendapat pelbagai respons daripada netizen. Mana taknya, kalau tidak Ultras siapa lagi yang akan bersorak dengan chant yang bersemangatkan?

Namun begitu, ramai juga yang memujuk Ultras untuk menarik semula keputusan menutup curva pada malam ini. Bagi mereka, chant Ultras yang akan menaikkan semangat penyokong-penyokong di stadium. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2we2wtN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.