Hi! Welcome Back and Stay Tune! DI BALING, ZAHID KOREK SEMULA PERISTIWA MEMALI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DI BALING, ZAHID KOREK SEMULA PERISTIWA MEMALI

Timbalan Perdana Menteri hari ini mengungkit kembali peristiwa berdarah Memali yang berlaku 32 tahun lalu dengan menyindir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa menyebut nama bekas perdana menteri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Mahathir telah berbohong apabila mengatakan beliau tidak berada di Malaysia pada waktu itu.

“Peristiwa Memali berlaku di Baling, orang lama masih ingat Ibrahim Libya, ketika itu Tun Musa Hitam jadi Timbalan perdana menteri.

“Sebelum itu saya tak ingat siapa, mengikut kenyataannya mengatakan ketika peristiwa Memali berlaku, kononnya orang itu tidak ada dalam negara.

“Kononnya dia ada di China kerana mahu elak diri dari kena cemuhan dari rakyat Baling dari parti PAS,” katanya dalam ucapan yang disiar di Facebook.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda BT 42 Pulai, Baling hari ini.

Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 membabitkan tindakan polis cuba menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud – atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya – di kawasan rumahnya di Baling.

Pihak polis ketika itu ingin menahan Ibrahim atas dakwaan mengancam keselamatan negara.

Tindakan itu mencetuskan pertumpahan darah apabila seramai 14 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera, manakala ratusan yang lain ditahan.

Insiden itu berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Pada 2014, Mahathir mengesahkan beliau berada dalam negeri sewaktu peristiwa itu berlaku tetapi tidak ingat sama ada Musa Hitam memintanya supaya jangan pergi ke China.
Ia merupakan respons terhadap kenyataan Musa dalam satu forum di yang mendakwa Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu kejadian itu dan beliau telah memintanya supaya membatalkan lawatan ke China.

Kata Zahid lagi, dalam buku tulisan Musa yang bertajuk ‘Frankly Speaking’ menyebut Mahathir telah menjadikan Musa sebagai kambing hitam bagi menutup salahnya berkaitan peristiwa Memali.

“Dia selalu memutarbelitkan fakta bersamaan dengan pembohong. Kalau Tun Musa Hitam kena, saya pun pernah, saya dah banyak kali kena. Saya sabar sebab dah banyak kali (kena),” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uehpgm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.