Dinding Lori Roboh, Tangki Minyak Jatuh Ke Jalan
SLIM RIVER – Sebuah tangki minyak terjatuh daripada lori yang mengangkutnya menyebabkan Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berdekatan Pejabat Pendaftaran Daerah Muallim di sini sesak, pagi tadi.
Kejadian dipercayai berpunca apabila dinding lori itu roboh ketika lori berkenaan melalui selekoh menyebabkan tangki minyak itu jatuh di atas jalan.
Difahamkan, kenderaan yang melalui kawasan itu ketika itu sempat membelok bagi mengelak daripada dihempap tangki minyak yang kosong itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, pihak polis meletakkan kon untuk memastikan aliran trafik lancar. – BH Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEI1HK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment