Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M: ‘Dulu saya nak Najib disingkir, hari ini BN sekali’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M: ‘Dulu saya nak Najib disingkir, hari ini BN sekali’

 | August 19, 2017
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, penyelesaian kepada semua masalah dihadapi rakyat pada hari ini adalah dengan menyingkirkan Najib dan kerajaan BN.
Mahathir_malaysia7
BUTTERWORTH: Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka berkata, sebelum ini beliau hanya mahu Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dari jawatan perdana menteri tetapi kini mahu Barisan Nasional (BN) digantikan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun memberitahu penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi rakyat pada hari ini adalah dengan menyingkirkan Najib dan kerajaan BN.

“Pada suatu masa dulu, saya fikir memadai kalau kita singikirkan Najib sahaja dan kekalkan kerajaan BN, tetapi kerajaan BN sudah cukup rosak. Semua mereka terlibat dengan rasuah.
“Kalau BN terus memerintah negara kita ini, percayalah kita akan menderita lebih lagi,” kata pengerusi PH dalam ucapannya pada program Jelajah Semarak malam tadi.

Berucap di hadapan hampir 3,000 orang yang berhimpun di padang Majlis Perbandaran Seberang Perai di Kepala Batas, Dr Mahathir mengimbau kembali keadaan negara yang lebih baik.

Kata beliau, Malaysia pernah menjadi sebuah negara yang mencapai banyak kejayaan, daripada menghantar rakyat ke luar negara untuk pulang sebagai cerdik pandai kepada menawan puncak tertinggi di dunia, gunung Everest.
“Sekarang kita tak ada duit,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya pada program Jelajah Semarak malam tadi. FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uZRyVJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.