Exco Pulau Pinang dipanggil SPRM lagi
Jurucakap SPRM di Putrajaya tidak tahu kenapa Phee Boon Poh dipanggil semula.
Phee ditemani peguamnya, Ramkarpal Singh tiba di ibu pejabat SPRM jam 9.45 pagi tadi. Turut kelihatan ialah anak perempuan Phee.
Jurucakap SPRM di Putrajaya ketika dihubungi berkata, mereka tidak tahu kenapa Phee dipanggil semula dan akan bertanya mengenainya.
Pada 11 Ogos lalu, Phee, 66, disoal siasat SPRM kerana didakwa menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk menerima rasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Adun Sungai Puyu itu dan 2 lelaki lain ditangkap pada hari sama.
Dua lelaki itu ialah bapa berusia 70 tahun dan anaknya berusia 37 tahun yang merupakan pemilik kilang pemprosesan penapis karbon yang dikatakan beroperasi secara haram lebih 10 tahun.
Kilang haram di Sungai Lembu itu diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang 2 minggu lalu kerana menyebabkan pencemaran.
Ketiga-tiga mereka direman 5 hari, tetapi perintah itu dibatalkan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkannya tidak sah.
Bagaimanapun, SPRM masih menyimpan kad pengenalan Phee dan tidak membalas panggilan peguam Phee untuk mengembalikan dokumen itu
FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w3sxMj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment