Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ezlynn Masih Belum Sah Bercerai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ezlynn Masih Belum Sah Bercerai

MASALAH rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin masih belum menemui noktah meskipun proses penceraian mereka telah mengambil masa lebih tiga tahun.

Hal ini berlaku apabila Mahkamah Rendag Syariah Kuala Lumpur membubarkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu berhubung kes penceraian mereka.

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed membuat keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku plaintif memohon kes cerai itu didengar ke peringkat timbang tara (hakam), lapor HMetro.

Terdahulu, peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad yang mewakili Ezlynn menyifatkan bahawa proses JKP adalah pengulangan perkara yang sama manakala hakam boleh menjadi ruang terakhir untuk kedua-dua pihak berbincang.

Justeru, mahkamah menetapkan 18 September depan Ezlynn dan Adam bagi melantik wakil lelaki dalam peringkat hakam nanti.

Hakam adalah satu proses yang diperuntukkan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 di mana mahkamah mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pihak-pihak terbabit untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri itu.

Pada 20 April lalu, Ezlynn memfailkan permohonan cerai cara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Ezlynn dan Adam berkahwin pada 20 November 2011.-MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vk73qU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.