Facebook Memperkenalkan Kemaskini Antaramuka Untuk Paparan News Feed
Facebook hari ini telah mula memperkenalkan sedikit kemaskini antaramuka untuk paparan NewsFeed, menjadikan ia lebih kemas berbanding sebelumnya – selain mengekalkan konsep Facebook yang sering memperkenalkan perubahan setiap beberapa minggu sekali pada platform mereka.
Daripada perubahan baru ini, Facebook mengatakan kini ia lebih mudah untuk dibaca berbanding dengan sebelumnya – termasuk memaparkan pra-lihat untuk paparan dengan lebih besar berbanding sebelum ini. Sejumlah ikon turut menerima kemaskini tersendiri melalui versi baru ini.
Bagi kami sendiri, perubahan besar yang kami perasan adalah bentuk paparan komen pada perkongsian di Facebook yang kini menyerupai paparan Facebook Messenger. Gambar profil juga kini menggunakan paparan gambar berbentuk bulat dan bukannya empat-segi seperti sebelum ini.
Untuk anda, apakah anda gemari akan perubahan baru ini? Atau anda lebih kepada tidak begitu perasan akan perubahan antaramuka baru yang dibawakan kali ini?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wdw0so
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment