Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gambar Sebenar Pixel 2 Tertiris Menunjukkan Sistem Pembesar Suara Stereo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gambar Sebenar Pixel 2 Tertiris Menunjukkan Sistem Pembesar Suara Stereo

Beberapa imej Pixel 2 yang tertiris sebelum ini adalah imej pengolokan yang dihasilkan menggunakan perisian 3D. Hari ini gambar sebenar Pixel 2 tertiris dan menunjukkan beberapa perubahan besar berbanding model tahun lalu. Pertama sekali pada bahagian hadapan jelas kelihatan dua pembesar suara. Ini mengesahkan sokongan sistem audio stereo pada model tahun ini.

Bergerak ke belakang, panel kaca pada bahagian atas kini lebih kecil. Ia tidak lagi melitupi kawasan yang dilengkapi pengimbas cap jari berbentuk bulat. Google nampaknya masih belum bersedia untuk menggunakan sistem dwi-kamera pada Pixel 2 tetapi lensa kamera adalah lebih besar.

Rekaan semua-skrin yang popular tahun ini juga tidak digunakan pada Pixel 2. Google mengambil jalan selamat tidak seperti Samsung, LG dan Apple tahun ini. Apakah pendapat anda tentang rekaan “konservatif” Google Pixel 2 ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wCy4ad

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.