Gatlin 'Rosakkan' Majlis Perpisahan Usain Bolt
LONDON: Majlis perpisahan Usain Bolt 'dirosakkan' Justin Gatlin apabila atlet dari Amerika Syarikat (AS) itu mengungguli final acara 100 meter lelaki Kejohanan Olahraga Dunia, awal pagi tadi.
Kemenangan atlet berusia 35 tahun itu dibayangi dengan ejekan penonton yang kurang selesa dengan rekod dopingnya sebelum ini.
Seperti dalam saringan, Bolt berdepan masalah permulaan yang buruk dan pelari Jamaica itu tidak mampu mengatasinya tatkala Christian Coleman, pesaingnya yang berusia 21 tahun dari AS yang menewaskannya di separuh akhir, tampak hampir pasti melakar kemenangan.
Namun, Gatlin yang juga bekas juara dunia dan Olimpik yang tewas di tangan Bolt pada final Kejohanan Dunia 2015, pertama melintasi garisan penamat dengan mencatat masa 9.92 saat (s).
Coleman meraih perak dengan catatan 9.94s manakala Bolt ketiga, 9.95s. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fiHKmX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment