Hi! Welcome Back and Stay Tune! GDP Jerman Suku Kedua 0.6% Meleset Dari Jangkaan Pasaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GDP Jerman Suku Kedua 0.6% Meleset Dari Jangkaan Pasaran

Ekonomi Jerman berkembang positif pada suku kedua 2017 di mana negara ekonomi terbesar Zon Eropah ini merekod kenaikan 0.6%. Jangkaan pasaran untuk data kali ini ialah kenaikan 0.7% di mana data pada suku pertama telah dikaji semula kepada peningkatan 0.7% dari 0.6%.

Sumbangan positif kepada data kali ini datang daripada permintaan domestik, di mana perbelanjaan penggunaan meningkat dalam sektor isirumah dan kerajaan. Perbelanjaan modal turut meningkat di mana perbelanjaan modal tetap dalam peralatan dan mesin juga meningkat.

Dari segi tahunan, pertumbuhan (GDP) naik 0.8% pada suku kedua 2017 jauh lebih kecil dari suku pertama iaitu 3.2%.

Prestasi ekonomi pada suku kedua 2017 menunjukkan 44.2 juta dalam sektor pekerjaan sektor domestik yang meningkat sebanyak 664,000 atau 1.5% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Walaubagaimanapun, dengan bacaan GDP yang meleset dari jangkaan memberi sedikit keraguan kepada ekonomi Jerman. Secara keseluruhan, peningkatan dari segi pekerjaan masih dilihat baik dan dijangka memberi kesan positif kepada inflasi di masa hadapan.

Matawang Euro bagaimanapun meneruskan kejatuhan selepas data ini dikeluarkan pukul 2 petang tadi.

 

The post GDP Jerman Suku Kedua 0.6% Meleset Dari Jangkaan Pasaran appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXrwSl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.