Hi! Welcome Back and Stay Tune! Indeks US Dolar Mengukuh, Tumpuan Pada Data Inflasi UK dan Jualan Runcit US - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Indeks US Dolar Mengukuh, Tumpuan Pada Data Inflasi UK dan Jualan Runcit US

Matawang Aussie stabil berbanding dolar hari ini, manakala kiwi (NZD) sedikit meningkat selepas tekanan geopolitik semakin reda dan pasaran tertumpu pada data-data ekonomi Amerika hari ini

Pasangan matawang AUD/USD susut 0.09% kepada 0.7847 setakat jam 3 petang. Manakala NZD/USD meningkat 0.11% kepada 0.7924

Sentimen market kembali pulih selepas Korea Utara mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa mereka akan menangguhkan pelan untuk menghantar serangan peluru berpandu ke wilayah US Pasifik di Guam, dan akan terus meneliti tindakan Amerika pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata tiada tindakan ketenteraan akan diambil disemenanjung Korea tanpa persetujuan Seoul dan kerajaan akan sedaya upaya menghalang peperangan daripada berlaku.

Pada pagi ini,  menerusi laporan minit mesyuarat polisi bulan Ogos, Reserve Bank Australia (RBA) menyatakan data terkini menunjukkan perkembangan dalam pasaran buruh, dengan peningkatan terhadap tawaran pekerjaan sepenuh masa, kadar penyertaan buruh dan purata pendapatan per jam.

Pemain pasaran akan menumpukan perhatian kepada data jualan runcit Amerika hari ini berikutan data-data inflasi (CPI dan PPI) minggu lepas yang lemah, menyukarkan jangkaan kenaikan kadar faedah Federal Reserve tahun ini.

Kekuatan greenback mendapat sokongan selepas Presiden Fed New York, William Dudley berkata beliau memilih untuk menaikkan kadar tahun ini jika keadaan ekonomi berkembang mengikut jangkaan.

Matawang EUR pula melemah berbanding dolar dan berada diparas 1.1742 selepas susut 0.32%, dan GBP/USD hanya susut 0.05% kepada 1.2959 dengan tumpuan kepada data inflasi UK petang ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain meningkat 0.29% kepada 93.61, paras tertinggi sejak 10 Ogos lepas.

 

The post Indeks US Dolar Mengukuh, Tumpuan Pada Data Inflasi UK dan Jualan Runcit US appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w5Y7tY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.