Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isa Samad Kekal Pemangku Pengerusi SPAD - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isa Samad Kekal Pemangku Pengerusi SPAD

KUALA LUMPUR – Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kekal sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy berkata kedudukan Mohd Isa tidak harus dipertikaikan memandangkan beliau hanya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dan tiada pertuduhan dikenakan.

“Bagi kami, beliau masih pemangku pengerusi… kedudukan beliau masih lagi sama, lagipun kuasa melantik adalah di tangan perdana menteri.

“Tidak timbul soal kena tunggu kes selesai kerana beliau belum dituduh dan tiada tuduhan pun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lesen teksi individu kepada kumpulan ketiga di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibu pejabat SPAD di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai status Mohd Isa yang dibebaskan semalam selepas direman lima hari bagi membantu siasatan kes pembelian hotel di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Ketika ditanya bilakah Mohd Isa akan kembali ke pejabat, Nancy menjawab: “Terpulang kepada beliau, bila-bila beliau mahu lagipun beliau bukan pengerusi eksekutif. Beliau tidak perlu duduk di pejabat setiap hari. Sekarang kita ada pelbagai aplikasi seperti WhatsApp jadi mudah untuk berhubung atas urusan kerja.”

Beliau berkata tiada sebarang sekatan dan terpulang kepada Mohd Isa untuk hadir ke mana-mana acara yang dijalankan oleh SPAD, dan sebaliknya ketidakhadiran beliau juga tidak mengganggu perjalanan tugasan suruhanjaya itu.

“Mesyuarat juga boleh dijalankan meskipun tanpa kehadiran pengerusi… kalau tiada pengerusi, anggota suruhanjaya akan melantik di antara mereka untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

“Kami menjalankan tugas macam biasa juga… kita ada menteri, anggota suruhanjaya… ia tidak mengganggu tugas harian kami,” katanya.
Pada majlis itu 300 pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak di bawah syarikat teksi, menerima lesen individu dan 88 daripada penerima lesen itu turut menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu untuk digunakan sebagai teksi. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vT3Bax

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.