Jangan Pandang Negatif Sektor Pertanian
KUCHING: Persepsi negatif terhadap sektor pertanian yang sering dikaitkan dengan pendapatan rendah serta intensif buruh perlu di ubah terutama golongan muda, demikian kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.
"Minda negatif ini perlu ditukar dengan menjadikan pertanian berasaskan pengetahuan, pendapatan tinggi, aplikasi teknologi digital dan berteknologi tinggi, amalan pengurusan moden, modal yang intensif dan akses pasaran yang lebih besar," katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata paling utama ialah mengubah minda rakyat terutama golongan muda, mengenai persepsi bahawa pertanian dikaitkan dengan pendapatan yang rendah serta intensif buruh.
"Isu sektor pertanian yang juga perlu diubah adalah berkaitan penggunaan teknologi rendah, amalan pertanian tradisional, suntikan modal yang tidak mencukupi, masyarakat pertanian yang tidak teratur, kemiskinan dan pertanian adalah tentang kawasan luar bandar," tambah beliau.
Jelas beliau, Sarawak mengimport makanan bernilai RM4.4 bilion sementara hanya mengeksport RM1.17 bilion menjadikan jumlah defisit RM3.27 bilion dalam imbangan perdagangan makanan Sarawak tahun lepas.
"Oleh itu, kita perlu menggandakan usaha kita untuk menangani defisit perdagangan makanan," tegas beliau sambil menjelaskan sumbangan sektor pertanian kepada jumlah eksport negeri hanya 11 peratus atau RM10.3 bilion. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vk9JEY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment