Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Terpedaya Individu Tawar Laksana Dam, Korban Murah - TH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Terpedaya Individu Tawar Laksana Dam, Korban Murah - TH



MAKKAH – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan individu tertentu yang kononnya boleh menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk menawarkan bayaran dam dan ibadah korban dengan kadar lebih murah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sekiranya jemaah mempercayai individu terbabit, dibimbangi ia tidak selari dengan apa yang diputuskan dalam Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, sebelum ini.

"Jemaah haji jangan terpedaya dengan orang perseorangan yang tidak diiktiraf pihak Tabung Haji, yang memberi penerangan berkaitan ibadat dan pegangan mereka serta hukum-hakam tidak selari dengan apa kita muzakarahkan kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata walaupun perkara tersebut tidak serius, ia masih berlaku saban tahun kerana individu terbabit juga mendakwa boleh membantu dari segi melakukan tawaf, ibadah melontar dan sebagainya.

"Kita jangan terpengaruh dan terpedaya dengan orang perseorangan tersebut kerana kita tidak tahu dari segi niat sebenar di sebalik apa yang mereka lakukan,” katanya.

Syed Saleh berkata seelok-eloknya jika jemaah berdepan dengan sebarang keraguan dan memerlukan bantuan, mereka boleh berjumpa dengan petugas Tabung Haji (TH) bagi mendapatkan penjelasan lebih tersusun dan sahih.

"Dari segi kawalan di dalam bangunan (penginapan), kita boleh kawal tetapi jika jemaah haji keluar dari bangunan, ketika dalam perjalanan atau di dalam Masjidil Haram, kemungkinan ada individu tertentu berjumpa dengan jemaah haji kita dan cuba mempengaruhi mereka,” katanya.

Syed Saleh berkata beliau bimbang sekiranya jemaah menggunakan khidmat individu tersebut, misalnya dalam soal bayaran dam, dan individu itu tidak pula melakukannya, sedangkan perkara itu melibatkan hukum syarak.

"Tabung Haji sudah sediakan perkhidmatan pelaksanaan bayaran dam dan korban, jadi kenapa perlu pergi kepada individu tersebut walaupun perwatakan orang itu pakai jubah dan serban.

"Kemungkinan mereka (jemaah) merasakan harga yang ditawarkan lebih menarik dan murah tetapi keyakinan sama ada dilaksana dengan sempurna atau tidak, kita tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata TH turut menyediakan Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (Pihtas) sekiranya jemaah mempunyai sebarang kemusykilan dalam pelaksanaan ibadah haji.- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wfkGN5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.