Hi! Welcome Back and Stay Tune! JKR Disaran Tingkatkan Ilmu Teknikal & Kejuruteraan Moden - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JKR Disaran Tingkatkan Ilmu Teknikal & Kejuruteraan Moden



KUALA LUMPUR – Warga Jabatan Kerja Raya (JKR) disaran meningkatkan ilmu berkaitan teknikal dan kejuruteraan terkini bagi mengimbangi keperluan negara selaras dengan agenda dan visi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya sentiasa menggalakkan warga JKR meneroka, membangun dan memanfaatkan teknologi terkini bagi menjana ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam dua bidang itu bagi manfaat negara pada masa depan.

“Mendepani dunia tanpa sempadan merupakan satu cabaran getir bagi kita warga teknikal kerana kita sekarang dalam dunia yang sedang berhijrah ke persekitaran digital sepenuhnya.

“Kita perlu mempelopori dan mengungguli kaedah-kaedah baharu berasaskan digital ini agar kita bukan sahaja sentiasa relevan, tetapi menjadi ‘The Preferred Implementation Agency (agensi pelaksana pilihan) ”.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia 2017 (HTK JKR) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Ir. Dr Roslan Md Taha.

Fadillah berkata bagi memastikan negara tidak ketandusan kepakaran bidang teknikal, kerajaan turut memberi penekanan kepada keperluan pendidikan industri teknikal dan kejuruteraan selain membangunkan modal insan dan mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Bagi meningkatkan kesedaran , beliau turut mencadangkan agar setiap hari Sabtu pertama Disember sebagai ‘Hari Profesion Teknikal Negara’, bagi menghargai dan memartabatkan profesionalisme teknikal.

HTK JKR yang julung kali dianjurkan JKR bertujuan menjadi platform kepada orang awam untuk mendapat informasi dan kesedaran tentang kepentingan aspek-aspek kejuruteraan dan teknikal dalam kehidupan seharian mereka dan bagi membangunkan negara.

Sebanyak 32 pempamer industri daripada pelbagai agensi menyertai pameran sempena HTK JKR itu. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g0lG0y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.