Hi! Welcome Back and Stay Tune! Joy Revfa Mohon Pembubaran Nikah Di Mahkamah. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Joy Revfa Mohon Pembubaran Nikah Di Mahkamah.

Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun telah memfailkan faraq atau pembubaran pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Foto berita harian online

Menurut Laporan Astro AWANI, susulan tindakan suaminya mempertikaikan status pernikahan mereka, Joy Revfa memfailkan faraq atau pembubaran pernikahan.

Joy Revfa menjelaskan, tindakan itu dibuat demi menuntut keadilan dan mahu membuktikan bahawa tiada isu yang memungkinkan pernikahan mereka tidak sah.

Joy memberitahu, Hafiz membuat dakwaan itu dengan alasan ada isu pada perceraiannya dengan bekas suami sebelum ini.

"Saya mahu mempertahankan hak dan kemaslahatan saya sebagai wanita, dan membuktikan perkahwinan kami sah di sisi agama dan undang-undang.

"Selepas berkahwin pada 1 Mei lalu, hanya enam hari sahaja Hafiz tinggal di rumah saya. Selama itu, dia seorang suami yang penyayang dan kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti pasangan lain.

"Tetapi pada 23 Mei, dia tiba-tiba sahaja datang berjumpa saya dan membuat dakwaan meragui status perceraian saya dengan bekas suami.

"Selepas itu dia mula mengabaikan saya. Sebagai isteri saya sangat sedih," kata Joy dalam sidang media di mahkamah pagi ini yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Harian Metro.

Dalam tempoh hampir tiga bulan, kata Joy, dia sudah cuba sedaya upaya untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian, namun tindakan Hafiz yang tidak mengendahkan dirinya menyukarkan usaha itu.

"Dia seolah-olah tak mahu mengaku lagi saya isterinya sedangkan saya sampai ke hari ini masih anggap dia suami saya," katanya.

Tambah Joy, tindakan memohon pembubaran ini dibuat sebagai usaha untuk meredakan semua isu berbangkit dan mencari jalan penyelesaian.

Permohonan pembubaran dibuat mengikut Seksyen 61(3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Kes akan disebut semula pada 14 September ini.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. - Astro AWANI


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vRscwf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.