Hi! Welcome Back and Stay Tune! KASIHAN AHLI AKAR UMBI PAS: AMK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KASIHAN AHLI AKAR UMBI PAS: AMK

SHAH ALAM – AMK mendakwa terdapat ahli di akar umbi Pas yang bingung dengan pendirian kepimpinan tertinggi parti Islam itu.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya menyedari perkara itu walaupun Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR.

“Di peringkat kawasan dan cabang, saya lihat hubungan (dengan Pas) itu masih ada. Ini kerana hubungan itu dah terjalin begitu lama sejak PKR ditubuhkan pada 1998.

“Cuma kadang-kadang kita kasihan juga dengan orang di bawah ini, bila keluar kenyataan daripada (pemimpin) atas mereka rasa susah nak jawab. Kadang-kadang adalah rasa kekok dan membingungkan juga buat mereka di akar umbi ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungan PKR dengan Pas selepas Pas memutuskan tahaluf siyasi kedua-dua parti, Mei lalu.

Menurut Nik Nazmi, berdasarkan pungutan suara, trend yang menyokong tetap kepimpinan Pas juga sudah semakin berkurang.

Berdasarkan situasi itu, katanya, beliau tidak menolak kemungkinan mereka akan menyokong calon Pakatan Harapan berbanding calon parti sendiri dalam PRU nanti.

“Saya yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia tak kira parti mahu perubahan dalam PRU14. Mereka mahu menyokong gagasan yang konsisten boleh bawa perubahan.

“Mereka tahu, kalau tak nak BN maka pilihannya hanya Pakatan Harapan. Gabungan lain yang tidak tetap dengan pendirian mereka, hari ini cakap lain esok cakap lain, keliru dan sebagainya, itu mungkin rakyat susah nak terima,” katanya.

Ditanya tindakan Pas yang mahu bertanding di kerusi milik PKR, Nik Nazmi berkata, PKR sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk pertembungan tiga penjuru.

“Saya ingat kita dah mencuba (berunding) sekian lama. Bagi kita yang penting PRU14 dah semakin dekat, kita kena sediakan jentera dan buat kerja.

“Nak berunding saya rasa ini dah masa kecederaan, kita dah jaga tutur kata, tak serang lawan dan dah tunjuk kita nak berbincang. Kalau tak, kita teruskan kerja kita dan sedia untuk sebarang kemungkinan termasuk tiga penjuru,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uM5IJk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.