Hi! Welcome Back and Stay Tune! KDN haramkan buku Farish A. Noor, Abdullahi An-Naim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KDN haramkan buku Farish A. Noor, Abdullahi An-Naim

Buku ahli akademik terkenal Farish A. Noor diharamkan kerana menghina Islam dan negara, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beberapa buku yang diterbitkan MEGC, termasuk ‘Menuju Reformasi Perundangan Islam’ karya Abdullahi Ahmed An-Naim.

From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia terbitan 2005 antara lapan judul yang diharamkan dalam warta Mac lalu, lapor Berita Harian.

Buku terjemahan sarjana terkenal Sudan antara lima buku yang dianggap menyeleweng daripada Islam, kata ketua setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Menuju Reformasi Perundangan Islam karya Abdullahi Ahmed An-Naim antara tiga terbitan Middle-Eastern Graduates Centre (MEGC) yang dilarang kali ini.

“Penerbitan ini dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,” kata Alwi.

Perintah larangan terhadap penerbitan itu dibuat menerusi warta bertarikh 22 dan 23 Mac lalu bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Mereka yang menjual, mengedar atau menyimpan buku-buku ini boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Berikut penerbitan yang diharamkan berdasarkan kategori:

Buku yang bertentangan ajaran dan akidah Islam mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Menuju Reformasi Perundangan Islam
Pengarang: Abdullahi Ahmed An-Na’im.
Tahun: 2006
Penerbit: Middle Eastern Graduate Centre (MEGC)

2. Hukum Barat Pun Islam
Penyusun: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan Khairul Anam Che Mentri
Tahun: 2006
Penerbit: Middle Eastern Graduate Centre (MEGC)

3. Konsep Kebebasan dan Agama
Penyusun: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan Khairul Anam Che Mentri
Tahun: 2006
Penerbit: Middle Eastern Graduate Centre (MEGC)

4. Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad SAW
Pengarang: Nurfaridah Ruban
Tahun: 2009
Penerbit: Kharisma Network

5. Imam Mahdi Yang Ditunggu dan Malapetaka Akhir Zaman
Penyusun: Abdul Latif Rafqi
Tahun: 2003
Penerbit: Jasmin Publications

Buku menghina Islam dan negara, mungkin jejas keselamatan negara

6. From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia
Pengarang: Farish A Noor
Tahun: 2005
Penerbit: Silverfish Books

7. Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity and the Jews
Pengarang: Elias Al-Maqdisi dan Sam Solomon
Tahun: 2010
Penerbit: ANM Publishers

Buku berunsur seks dan gambar lucah keterlaluan

8. Saucy Seaside Postcards
Pengarang: Alan Wykes
Tahun: Tidak pasti (antaranya, 1977, 1988)
Penerbit: Bloomsbury Books

Sumber: Projek MMO



Sumber KDN haramkan buku Farish A. Noor, Abdullahi An-Naim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u5TmQR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.