Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kehebatan Khairul Hafiz Jantan Digeruni Di Peringkat Asia Tenggara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kehebatan Khairul Hafiz Jantan Digeruni Di Peringkat Asia Tenggara

Kehebatan Khairul Hafiz Jantan Digeruni Di Peringkat Asia Tenggara

Kejayaan Khairul Hafiz Jantan menamatkan kemarau 14 tahun pingat emas dalam acara tersebut sejak kemenangan Nazmizan Mohamad pada Sukan SEA Hanoi pada tahun 2003. (Gambar: Team MAS - Twitter)

Semalam (22 Ogos) merupakan hari kesembilan kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menyaksikan 16 pingat emas berjaya diraih atlet Malaysia. Paling mencuri tumpuan adalah kejayaan atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang kini digelar Raja Pecut Asia Tenggara.

Atlet kelahiran Melaka berusia 19 tahun itu mengungguli acara 100 meter dengan catatan masa 10.38 saat menewaskan juara bertahan, Eric Shauwn Cray dari Filipina di tempat kedua (10.43s) manakala tempat ketiga milik atlet Thailand, Kritsada Nasuwun (10.43s) pada aksi malam tadi.

Kejayaan atlet negara itu menamatkan kemarau 14 tahun emas dalam acara tersebut sejak kemenangan Nazmizan Mohamad pada Sukan SEA Hanoi pada tahun 2003. Khairul menjadi pelari keempat memenangi kejuaraan itu selepas Tan Sri Dr M. Jegathesan pada tahun 1965, G. Rajalingam (1967) dan Nazmizan. 

Ini membuktikan Khairul mula digeruni di peringkat Asia Tenggara sebagai pelari pecut terpantas. Lebih bermakna, pencapaian Khairul itu menambah jumlah keseluruhan pingat emas dikumpul pasukan Malaysia iaitu 34 emas, 27 perak dan 18 gangsa. 

"Saya amat gembira kerana berjaya meraih pingat emas dalam penampilan pertama saya di Sukan SEA.

"Saya tidak pernah menjangkakakn kejayaan ini. Ini semua ketentuan Allah s.w.t. Saya hanya berlatih dengan bersungguh-sungguh dan cuba berlari sebaik mungkin," kata Khairul seperti dilaporkan Stadium Astro.
 

Sementara itu, pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, melakukan catatan 11.74s untuk meraih pingat perak dalam acara 100m wanita. Emas serta gelaran ratu pecut Asia Tenggara menjadi milik pelari Vietnam, Le Tu Chinh, dengan kepantasan 11.56s dan gangsa dimenangi atlet Singapura, P. Veronica Shanti (11.76s).

KILAUAN EMAS BUAT MALAYSIA

Beberapa acara sukan yang dipertandingkan semalam turut mencatatkan kejayaan manis buat Malaysia yang terus mengumpul pingat emas. Berikut antara penyumbang pingat emas semalam:

  1. Ho Mun Hua menerusi acara nanquan (wushu).
  2. Loh Jack Chang mengungguli kategori taijiquan lelaki (wushu).
  3. Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Muhammad Ameer dan Muhammad Ameen Ahmad Kamal (acara berbasikal berpasukan lelaki).
  4. Skuad ekuestrian negara diwakili Edric Lee yang menunggang Windsor, Quek Sue Yian (Always Magic), Quzandria Nur Mahamad Fathil (Rosenstolz) serta jaguh negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil (Walkuere) menerusi acara dressage berpasukan.
  5. Tan Ing Yueh mengungguli acara melombol (gimnastik).
  6. Tan Fu Jie- Jeremiah Loo Phay Xing dalam gimnastik kategori Kekuda Berpelana (lelaki).
  7. Alia Sazana Azahari menjuarai acara 25m air pistol (menembak).
  8. Mohd Irfan Shamshuddin menang acara lempar cakera.
  9. Celine Lee Xin Yi mengungguli kategori kata individu wanita (karate).
  10. Lim Chee Wei menang kategori kata individu lelaki (karate).
  11. Senthil Kumaran menang kategori kumite lelaki bawah 60 kilogram (karate).
  12. Muhammad Hafizuddin Mat Daud cemerlang dalam kategori perseorangan lelaki (petanque).
  13. Rafiq Ismail - Sin Li Jane dalam acara campuran bowling berpasukan.
  14. Skuad pelayaran negara dibarisi Israr Hazim Ismail, Muhammad Syafie Ali, Muhammad Fauzi Kaman Shah, Nor Nabila Natasha Mohd Nazri dan Nurul Shazwanie Mohd Saad memenangi pingat emas kategori optimist Berpasukan B-16.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vWGjQL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.