Kejam! Video lelaki difitnah curi pembesar suara masjid dibelasah dan dibakar hidup-hidup
Kejam lagi tidak berperikemanusiaan, demikian nasib malang seorang lelaki yang menjadi mangsa kekejaman penduduk di sebuah perkampungan di Muara Bakti, Jawa Barat, dekat sini.
Dalam kejadian petang Selasa di Masjid Desa Muara Bakti, lelaki berusia awal 30-an itu maut dibelasah sebelum dibakar hidup-hidup oleh orang ramai akibat disalah sangka sebagai pencuri.
Lapor Tribbunews, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik barangan elektronik itu turut dipukul menggunakan batu sehingga kepalanya terkoyak.
Bagaimanapun siasatan awal pihak berkuasa mendapati, mangsa sebenarnya bukan pencuri seperti yang didakwa orang ramai. Malah, barangan yang kononnya dicuri oleh mangsa itu adalah miliknya sendiri.
Difahamkan, lelaki itu singgah sebentar di Masjid Desa Muara Bakti untuk bersolat. Bimbang pembesar suara yang diletakkan di motosikalnya hilang, lelaki itu kemudian membawa barangan elektronik itu masuk ke dalam masjid.
Malangnya, beberapa individu yang berada di masjid itu menyangka lelaki berkenaan mencuri set pembesar suara masjid tersebut, lalu terus mengejarnya sehingga ke Kampung Desa Bakti.
Tanpa memberi ruang untuk mangsa membela diri, lelaki itu terus dibelasah orang ramai sebelum dicurah dengan minyak tanah dan dibakar sehingga mati.
Berdasarkan video kejadian, mangsa cedera teruk di bahagian kepala dan kelihatan terbaring di atas jalan, namun pada ketika itu mangsa dipercayai masih bernyawa.
Namun beberapa individu mendesak agar mangsa dibakar hidup-hidup sebelum seorang lelaki datang mencurah minyak tanah ke badan mangsa dan membakarnya, lalu membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu bersorak gembira.
Hasil siasatan polis, pembesar suara di Masjid Desa Muara Bakti itu tidak hilang seperti yang didakwa beberapa individu yang membelasah mangsa.
Polis sedang menyiasat kes tersebut dan telah menahan beberapa individu yang terlibat untuk membantu siasatan.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang merupakan orang susah, pasrah menerima berita kematian lelaki itu.
Sehingga kini, rakaman insiden kekejaman itu menimbulkan kecaman netizen yang rata-ratanya mempertikaikan sikap masyarakat umat Islam di sana yang langsung tidak berperikemanusian lagi bersifat binatang.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Kejam! Video lelaki difitnah curi pembesar suara masjid dibelasah dan dibakar hidup-hidup
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2CTbM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment