Kelasi Tongkang Ditemui Lemas Di Baram
MIRI: Mayat seorang kelasi tongkang yang dikhuatiri lemas setelah jatuh di sungai Baram pada Ahad lepas ditemui hari ini.
Mangsa Suhaili Jali, 54, dilaporkan jatuh ke dalam sungai Baram ketika berjalan diatas titi untuk menyeberang ke tongkang tempat mangsa bekerja.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dijumpai di lokasi kejadian kira-kira jam 11.20 pagi ini.
“Setelah tongkang dialihkan, mangsa telah timbul berhampiran dengan tongkang tersebut,” katanya
Mangsa di bawa ke daratan oleh pihak bomba BBP Lopeng dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w5z6zq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment