Hi! Welcome Back and Stay Tune! KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN PAKATAN TERLEWAT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN PAKATAN TERLEWAT

SHAH ALAM – Pas menegaskan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak memberi sebarang kesan terhadap parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, isu kerjasama politik dibangkitkan Pakatan Harapan itu telah lama diputuskan oleh Pas melalui Majlis Syura pada Mei lalu.

“Keputusan ini dah terlewat kerana Pas dah lama memutuskan tidak akan ada kerjasama politik dengan Pakatan Harapan.

“Mereka hanya berpencak silat di gelanggang sendiri tanpa musuh,” katanya, semalam.

Sebelum ini, tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Pas untuk menghadapi PRU14 telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli komponen Pakatan Harapan dan pemimpin kanan PKR lain.

Bagaimanapun, Majlis Presiden Pakatan Harapan kelmarin, memutuskan Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan Pas pada PRU14.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, sejak Majlis Syura membuat keputusan, Pas tidak pernah berminat untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan.

“Pas akan  akan terus mengukuhkan Gagasan Sejahtera untuk menghadapi PRU14 bagi menentang Pakatan Harapan dan BN.

“Pas yakin negara perlu diselamatkan dan dipulihkan dengan penyelesaian Islam kerana Pakatan Harapan dan BN tidak boleh berbuat demikian,” katanya.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wRWJeW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.