Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta Axia Dipandu Jururawat Terbabas Bukan Kerana Stereng Lock - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta Axia Dipandu Jururawat Terbabas Bukan Kerana Stereng Lock


Sejak beberapa hari lalu tular di laman sosial beberapa keping gambar yang mendakwa sebuah kereta yang dipandu oleh seorang jururawat terbabas ke halaman rumah penduduk di Felda Semanchu selepas stereng kereta jenis Produa Axia dipandunya telah terkunci sendiri.

Memetik laporan Harian Metro, dakwaan yang mengatakan kereta dipandu Jururawat Ahad lalu itu terbabas kerana stereng terkunci adalah tidak benar.

Ketika kejadian, Saidatul Atikah Shabandi, 24, yang memandu kereta Axia itu dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Semenchu dari FELCRA Sungai Layau dan hilang kawalan selepas mengelak dari melanggar seekor kucing yang melintas.


Ketua Polis Daerah Kota Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang yang menimpa jururawat berkenaan tidak ada kaitan dengan kegagalan stereng kenderaan dipandunya.

"Hasil laporan polis dan siasatan yang dijalankan polis mendapati pemandu mengelak daripada melanggar seekor kucing yang melintas dari kiri jalan.

“Kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke kanan jalan dan menjunam beberapa meter di pekarangan sebuah rumah penduduk,” katanya. - Siakapkeli.my

Salinan laporan polis


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tU0Cen

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.