Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Misteri Potong Tocang Menjadi-Jadi Di India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Misteri Potong Tocang Menjadi-Jadi Di India


NEW DELHI: Polis India menyiasat sejumlah kejadian tocang wanita dipotong individu tidak dikenali yang menyebabkan penduduk kampung ketakutan dan seorang wanita dibunuh kerana dituduh mengamalkan ilmu hitam.

Sejak Julai lalu, sekurangkurangnya 55 wanita di lima negeri di India melaporkan tocang mereka dipotong secara misteri.

Empat kes baru dilaporkan di pinggir New Delhi kelmarin, beberapa hari selepas enam kes serupa dilaporkan di Gurgaon.

“Kami mendengar dia menangis dan apabila kami bergegas datang kami melihat dia terbaring tidak sedarkan diri,” kata Rohit Yadav, menceritakan kejadian ibunya, Monesh Devi yang menjadi mangsa pada Julai lalu.

“Tocang ibu saya yang dipotong berada di sebelahnya,” katanya.

Serangan misteri itu kebanyakannya berlaku di kawasan pedalaman, tempat kepercayaan karut masih menebal sekali gus mencetuskan dakwaan ia dilakukan pengamal ilmu hitam.

Beberapa kampung mengadakan upacara khas bagi menghalau roh jahat dan membuat rondaan.

Tiada seorang pun mangsa dicederakan atau dirompak.

Seorang wanita berusia 65 tahun dibunuh penduduk di Agra yang dituduh ahli sihir dan menggunakan ilmu hitam untuk memotong tocang wanita, walaupun tiada kes dilaporkan di bandar itu.

Jurucakap polis Delhi, Surinder Kumar berkata, kes itu disiasat sebagai jenayah tetapi sehingga kini tiada petunjuk mengenai siapa pelakunya.

Polis juga menolak unsur ilmu hitam dan percaya suspek mungkin mengalami masalah mental atau kes meniru perbuatan jenayah di sebalik serangan berkenaan.-AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fhu1wF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.