Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairy, Ekuestrian Polo Malaysia Terus Cemerlang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairy, Ekuestrian Polo Malaysia Terus Cemerlang


PUTRAJAYA: Skuad ekuestrian polo Malaysia terus pamer aksi cemerlang selepas memastikan kemenangan kedua apabila membenam Singapura 13-2 di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini, sebentar tadi.

Sebelum itu, pasukan negara membuka saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan kemenangan 12-4 ke atas Brunei.

Pada cukka pertama, Malaysia mendahului 4-0, menerusi Shaik Reismann Mohamed Ismail dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman yang masing-masing menghasilkan dua gol.

Bermula cukka kedua, skuad negara yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus menambah derita Singapura apabila Shaik Reismann menambah dua lagi gol manakala satu daripada Tengku Ahmad Shazril.

Selepas saingan bersambung, Singapura akhirnya memecah kebuntuan menerusi Garcha Satinder Garcha namun Tengku Ahmad Shazril terus pamer ketajaman menambah dua lagi gol serta dua daripada Mohd Zulhelmi Nadzar.

Di cukka keempat, Abdul Rashid Hasnan dan Tengku Ahmad Shazril melengkapkan kemenangan negara manakala satu lagi gol Singapura dihasilkan Ameer Jumabhoy. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g7PrfW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.