Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khalid Muktamad Bersara Wajib 5 September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khalid Muktamad Bersara Wajib 5 September

TABIK… Di sebalik desas-desus konon tempoh Tan Sri Khalid Abu Bakar mungkin dilanjutkan secara kontrak, beliau akhirnya tampil muktamad mengesahkan tetap bersara wajib bulan depan.

Ini bermakna warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima Ketua Polis Negara ke-11 yang baharu selepas Khalid mengesahkan akan bersara rasmi selepas 40 tahun berkhidmat dalam pasukan keselamatan tersebut.

Khalid yang bakal genap berusia 60 tahun pada 5 September depan, juga mengakui tidak akan memohon untuk menyambung kontrak perkhidmatan sebagai selepas tarikh kelahirannya itu yang juga tarikh rasmi persaraannya.

“Tempoh perkhidmatan saya akan tamat pada usia 60 tahun, 5 September ini. Ini keputusan saya sendiri. Sudah sampai masanya saya berehat… Timbalan ketua polis negara akan ambil alih” tegas beliau di ibu negara hari ini.

Ketika ini, timbalan beliau, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, 59, menyandang jawatan tertinggi berkenaan sejak 1 Disember 2014 menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang bersara wajib 7 September sebelum itu.

Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan memulakan kerjaya dengan PDRM pada 1976 dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005.

Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, seterusnya Ketua Polis Selangor pada Jun 2007. Kerjayanya berkembang pada 2010 apabila mula berkhidmat di Bukit Aman pula.

Beliau menjadi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada April 2011 menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.

Pada 17 Mei 2013, Khalid  dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-10 bagi menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2inO1ie

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.