KL2017 : Trio Boling Padang Rangkul Emas Kedua
KUALA LUMPUR – Trio negara menghadiahkan pingat emas kedua dalam sukan boling padang apabila menundukkan Brunei 19-9 dalam perlawanan penentuan pingat emas acara triple lelaki.
Perlawanan penentuan pingat gangsa pula dimenangi Thailand yang menewaskan Filipina 20-13 dan semua acar berlangsung di Pusat Boling Nasional di Bukit Kiara di sini hari ini.
Pasukan negara yang dibarisi Mohammad Syamil Syazwan Ramli, Mohd Amir Mohamed Yudof dan Mohamad Fairus Abd Jabal beraksi cemerlang sebaik memulakan permainan.
Mereka turut berjaya menjarakkan mata sehinggalah jauh meninggalkan Brunei 14-5 pada ends ke-11. Permainan berakhir pada ends ke-17 apabila trio negara jauh meninggalkan trio Brunei.
Negara jiran tersebut diwakili Ampuan Ahad Ampuan Kasim, Pengiran Tengah Pengiran Tejudin dan Naim Ibrahim dengan keputusan 19-9. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iwsKmE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment