Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 6,000 peminat serbu Pavilion demi bintang The Battleship Island - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 6,000 peminat serbu Pavilion demi bintang The Battleship Island

KUALA LUMPUR: Kawasan pusat membeli-belah Pavilion dibanjiri lautan manusia dengan kehadiran ribuan peminat bintang Korea Selatan, Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jun Min.

Tiga aktor popular itu berada di Kuala Lumpur bersempena tayangan gala filem terbaharu mereka, The Battleship Island.

Turut serta dalam promosi jelajah filem tersebut di Asia Tenggara ialah pengarah filem bercorak aksi dan sejarah itu, Ryoo Seung-wan.

Astro Gempak melaporkan peminat yang hadir bukan sahaja terdiri daripada rakyat tempatan malah dari negara luar termasuk Singapura, Thailand, Korea dan Australia.

Pekarangan Pavilion dibanjiri ribuan peminat sejak jam 2 petang. - Astro Gempak


Menerusi perkongsian di laman sosial, peminat sudah mula memenuhi pekarangan Pavilion seawal jam 2 petang lagi.


Kesemua bintang The Battleship Island tiba di Pavilion kira-kira jam 7 malam tadi.

Seperti dijangka, ketibaan mereka disambut gema sorakan lebih 6,000 peminat yang rata-ratanya tidak percaya bintang kesayangan mereka berada di hadapan mata.

Reaksi itu dapat dilihat jelas menerusi banyak perkongsian di laman sosial.


The Battleship Island merupakan antara filem yang dinanti ramai dan akan ditayangkan di 113 buah negara.

Ia mengangkat kisah benar yang berlaku ketika Perang Dunia ke-2 mengenai buruh paksa Korea yang dikerah bekerja di sebuah lombong arang batu milik tentera Jepun di pulau Hashima.

Pulau berkenaan sebenarnya adalah kapal besar yang menjadi pusat operasi melombong arang batu dasar laut, lengkap tempat tinggal dan pusat pelacuran khusus untuk tentera.

Filem itu dijadualkan ditayangkan di negara ini bermula 17 Ogos.



Sumber Lebih 6,000 peminat serbu Pavilion demi bintang The Battleship Island

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fu0tvD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.