Lelaki Bogel Cuba Ceroboh Istana Presiden
JAKARTA: Seorang lelaki dalam keadaan bogel ditangkap ketika cuba merempuh masuk ke pekarangan Istana Presiden di Jakarta Tengah semalam.
Lelaki terbabit menghampiri pintu masuk Istana Presiden di Jalan Medan Merdeka yang dikawal ketat pasukan pengawal presiden dan polis tentera.
Satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan lelaki bogel itu bergelut dengan beberapa anggota pengawal presiden yang menahannya.
Menurut pengguna Facebook yang memuat naik video berkenaan, kejadian itu berlaku pada jam 7.35 pagi (waktu tempatan).
Ketua polis daerah Gambir, Ida Ketut memberitahu, lelaki itu diserahkan kepada polis dan laporan kejadian berkenaan sudah dibuat.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu kemungkinan mengalami masalah mental.
“Ketika ditangkap, lelaki itu menjerit dan berkata, dia mahu berkahwin di dalam istana,” katanya yang dipetik kompas.com semalam.-Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iE4CP6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment