Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Nekad Kelar Lidah Sendiri Sebelum Cuba Membunuh Diri Terjun Dari Tingkat 2 Bangunan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Nekad Kelar Lidah Sendiri Sebelum Cuba Membunuh Diri Terjun Dari Tingkat 2 Bangunan..


KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera kerana mengelar lidahnya sendiri sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari bilik sewanya di tingkat 2 bangunan Plaza Utama Alam Mesra, Manggatal, Kota Kinabalu, kira-kira jam 11 malam semalam lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam bahawa seorang lelaki berusia 22 tahun mencederakan dirinya sebelum cuba membunuh diri.


"Siasatan awal mendapati, mangsa mencederakan dirinya menggunakan pisau pemotong sayur dan cuba terjun dari bilik sewa tempat tinggal di tingkat dua bangunan itu.

"Sebelum kejadian, mangsa dilihat dalam keadaan resah dan kurang waras yang dipercayai berpunca akibat tekanan perasaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, hasil siasatan lanjut mendapati punca mangsa berkelakuan begitu kerana mendapat tekanan daripada keluarga terutamanya ayah dan ibunya yang sering menyalahkannya tidak bertanggungjawab.

“Ketika kejadian, sepupunya yang berada di lokasi sempat menyelamatkan mangsa daripada membunuh diri.

"Sebelum ini, sepupunya memberitahu mangsa tidak pernah berkelakuan pelik dan mereka tinggal bersama sejak lapan bulan lalu," katanya.


Chandra berkata lagi, mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh anggota polis dan sepupunya untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa menerima tujuh jahitan di bahagian lidah kerana luka akibat dikelar dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wkTcVo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.