McDonald’s Jual Aiskrim McFlurry Durian D24
KUALA LUMPUR – Para penggemar raja buah, durian, mula berpusu-pusu ke McDonald’s setelah restoran makanan segera itu melancarkan aiskrim McFlurry Durian D24 di seluruh Malaysia.
Pencuci mulut yang dilancarkan semalam itu hanya dijual pada harga RM8.99 dan ia mengandungi isi buah durian jenis istimewa D24, menurut maklumat yang tertera pada menu restoran popular tersebut.
Ramai netizen tempatan khasnya penulis blog makanan dilaporkan sudahpun mencuba aiskrim tersebut pada hari pelancarannya dan memberikan cap jempol atau amat suka dalam ulasan mereka.
Malah sebaik McDonald’s memaklumkan penjualan aiskrim ini pada 22 Ogos lalu menerusi akaun Facebook rasmi, ia sudah menerima reaksi positif lebih 886,000 tontonan dan 2,600 perkongsian.
McDonald’s dalam kenyataannya menyatakan hidangan itu sudah dijual di Sabah dan Sarawak mulai 21 Ogos lalu sebagai previu snek sebelum diperluaskan ke Semenanjuang sehingga 2o September.
Selain itu, menu restoran tersebut turut menawarkan menu edisi terhad pencuci mulut lain termasuk Kon Gemilang – iaitu aiskrim dengan berperisa jagung – dan Pai Pulut Hitam.
Pada bulan lalu, McDonald’s Singapura melancarkan beberapa makanan yang diilhamkan daripada hidangan tempatan, termasuk burger Nasi Lemak dan aiskrim McFlurry Chendol.
Manakala awal bulan ini McDonald’s Brunei menjadikan menu popular tempatan, cakoi yang asalnya hanya promosi tetapi kini sebagai hidangan tetap sarapan pagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iw38Gw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment