Memanah: Recurve berpasukan lelaki dan wanita gondol emas
Trio memanah wanita negara yang dibarisi oleh dibarisi Nur Afisa Abd Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nuramalia Haneesha mara ke final selepas membuat kejutan menewaskan juara bertahan, Vietnam 6-2.
Mereka sekali lagi mempamerkan aksi yang mantap pada final ketika berdepan Indonesia dengan meraih kemenangan 5-1.
Ini merupakan kejayaan bersejarah buat trio wanita yang menamatkan kemarau 12 tahun untuk kembali dikalungkan pingat emas kali terakhir di Manila 2005.Trio lelaki negara yang diketuai oleh Khairul Anuar Mohamad melangkah ke final selepas mudah tundukkan Filipina dengan keputusan 6-0.
Bergandingan bersama Haziq Kamaruddin dan Muhd Akmal Nor Asrin, kelebihan beraksi di laman sendiri terus memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah di final.
Malaysia melakar kemenangan 5-1 ke atas wakil dari Thailand, sekaligus mempertahankan emas mereka yang dimenangi dua tahun lalu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ij3hwV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment