Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mendalami Maksud Sebenar Apa Itu Khunsa? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mendalami Maksud Sebenar Apa Itu Khunsa?


Khunsa, berasal daripada perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, pengertiannya ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin.

Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.

Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua iaitu khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.

Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Samalah juga apabila Islam menetapkan saf perempuan paling belakang, ianya bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan.

Dalam solat, Imam yang paling hadapan bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Khunsa diletakkan di barisan ketiga, melambangkan tanggungjawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.

Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.

“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan.

“Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga diambil kira mengikut jantina mana yang lebih dominan.

Menurutnya dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini.

“Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

Golongan yang menukar jantina ini semakin berleluasa. Komuniti mereka semakin besar dan mereka tidak mengangap ianya suatu dosa.Masyarakat pula seolah-olah sudah biasa melihat fenomena menukar jantina dalam kalangan golongan mak nyah atau tomboy.Malah masayrakat ada yang sengaja menjaja kisah kehidupan mereka sehingga mereka diangkat menjadi selebriti dalam kalangan kita.Ketahuilah sekiranya golongan ini tidak dicegah,maka azab Allah akan datang kepada masyarakat tanpa mengira seseorang itu alim atau tidak.

“ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk ALLAH lain,” tambahnya.

Sumber: kongsakongsi.blogspot.my

✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w3cyxP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.