Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Mengapa Najib? Tiada wanita untuk ketuai majlis penasihat wanita?’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Mengapa Najib? Tiada wanita untuk ketuai majlis penasihat wanita?’

 | August 27, 2017
Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto tertanya-tanya mengapa pengerusi dan timbalan majlis pemerkasaan wanita ialah lelaki.
kasthuri-3
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto mempertikaikan pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi sebuah majlis penasihat di badan kerajaan baharu yang ditugaskan untuk pemerkasaan wanita di sektor korporat.
Beliau berkata jawatan itu sepatutnya diberikan kepada pemimpin wanita yang berkelayakan.

Wakil rakyat DAP itu berkata hasrat kerajaan persekutuan meningkatkan bilangan wanita di kedudukan pembuat keputusan tercemar dengan “perebutan kuasa” di Akademi Inovasi Wanita (Akademi MyWin) Jabatan Perdana Menteri.
Pada Jumaat, Najib dijemput pengasas bersama dan presiden MyWin Tan Sri Shahrizat Jalil untuk menjadi pengerusi majlis penasihatnya. Pendidik Tan Sri Lim Kok Wing dilantik timbalan pengerusi.

“Bagaimana kerajaan mahu memastikan wanita memegang jawatan pembuat keputusan sedangkan perdana menteri sendiri mengambil jawatan itu?” soal Kasthuri.
“Tidak cukup dengan itu, pemegang jawatan timbalan pengerusi majlis penasihat itu juga seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Adakah Najib cuba katakan tiada pemimpin wanita yang layak, bijak dan berani dalam Kabinet yang boleh menerajui majlis itu?”
Beliau berkata tidak logik kalau Najib mempengerusikan majlis di bawah Jabatan Perdana Menteri itu kerana ahli akademi atau badan bukan kerajaan wanita boleh memimpin majlis itu.

Kasthuri berkata Najib juga pada 2012 mengambil peranan menteri pembangunan wanita, menggantikan Shahrizat apabila tempoh jawatan senator beliau tamat.

Di majlis pelancaran MyWin Jumaat lalu, Najib berkata akademi itu akan menamakan syarikat-syarikat tersenarai yang tidak mempunyai wanita dalam lembaga pengarah.

“Ketika ini, hanya 16.8% kedudukan pengarah di 100 syarikat tersenarai tertinggi di Bursa Malaysia dipegang wanita,” katanya lapor New Straits Times.
“Melahirkan generasi wanita pembawa pembaharuan di sektor korporat selaras dengan usaha berterusan kita untuk meningkatkan bilangan wanita dalam peranan pembuat keputusan di sektor korporat,” tambahnya


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2giV37v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.