“Mereka belum rasa geli-geli. Bila sudah rasa, mereka akan mahu lagi” – Jawapan Wak Doyok bila ditanya bagaimana jika kekasihnya nanti tak suka lelaki berjambang
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Personaliti fesyen Wak Doyok mengakui tidak serik untuk bercinta dengan golongan kenamaan (VIP).
“Mereka belum rasa geli-geli. Bila sudah rasa, mereka akan mahu lagi” – Jawapan Wak Doyok bila ditanya bagaimana jika kekasihnya nanti tak suka lelaki berjambang
Wak Doyok, nama popular Mohd Azwan Md Nor, berkata pengalaman lalu tetap dijadikan pengajaran namun peristiwa hitam tidak semestinya akan berulang.
“Saya tidak serik kerana bukan semuanya begitu. Hanya segelintir saja yang begitu.
“Cuma kita harus pandai memilih dan mengawal orang itu agar dia mengenali kita lebih dalam dan memahami kerjaya kita.
“Kadang-kadang ada benda yang kita tidak boleh kawal seperti komitmen dengan kerja dan teman wanita.
“Kerja saya pagi keluar kadang-kadang esok pagi baru balik. Jadi masa itu perlu ada,” katanya kepada ProjekMMO.
Percintaan pelakon filem Abang Long Fadil 2 dengan bekas isteri sultan Brunei dilapor putus di tengah jalan angkara tiada persefahaman.
Hubungan percintaan dengan Azrinaz Mazhar Hakim dilaporkan putus Oktober tahun lalu walau sebelumnya dilihat mesra dalam gambar-gambar bersama di Instagram.
Wak Doyok, 37, berkata pengalaman terdahulu tidak sekali menutup hatinya untuk menerima cinta golongan kenamaan jika ia sudah ketentuan Tuhan.
“Kalau mereka suka saya, saya tiada masalah. Jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita tidak tahu.
“Tetapi saya tunggu dulu dan fokus pada kerjaya sebab saya tidak tahu sejauh mana akan kekal.
“Saya pernah bercinta dan kecewa. Ada sedikit emosi dalam percintaan saya dahulu.
“Biasalah orang bercinta. Jadi saya tidak mahu menjejaskan kerjaya saya. Buat masa ini, saya tangguh dulu.
“Bila saya sudah sedia, saya akan mencari calon menemani diri saya,” katanya.
Ditanya jika bakal teman wanitanya nanti tidak menggemari jejaka berjambang, Wak Doyok berkata persepsi itu mampu diubah.
Katanya, banyak hikmah lelaki berjambang dan ia juga merupakan salah satu sunnah Rasulullah.
“Mereka belum rasa geli-geli. Bila sudah rasa, mereka akan mahu lagi.
“Orang berjambang ini ada sedikit saham. Penampilannya berbeza dan lebih menarik.
“Jambang mengurangkan kedutan pada muka. Itu yang Rasulullah sarankan,” katanya.
Sumber: Malay Mail
Sumber “Mereka belum rasa geli-geli. Bila sudah rasa, mereka akan mahu lagi” – Jawapan Wak Doyok bila ditanya bagaimana jika kekasihnya nanti tak suka lelaki berjambang
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w6aMwF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment