Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misteri LPT2 Terbongkar Selepas Kejadian 3 Kereta Terbabas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misteri LPT2 Terbongkar Selepas Kejadian 3 Kereta Terbabas

Misteri LPT2 Terbongkar Selepas Kejadian 3 Kereta Terbabas

Laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) kini menjadi laluan utama bagi penduduk pantai timur semenjak ianya siap dibina, namun, ramai yang mengatakan lebuh raya tersebut dipenuhi dengan misteri kerana sering berlaku kemalangan maut hampir setiap minggu.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook Muhir Rashid telah melalui lebuh raya berkenaan ketika beliau dalam perjalanan untuk pulang ke ibu negara. Ketika dalam perjalanan dia telah berdepan dengan satu kisah yang amat menakutkan dan telah berkongsi pengalamannya itu di laman sosial. Ikuti perkongsiannya..

"Misteri LPT2 Akhirnya Terjawab Selepas Kami Turun Dari Kereta Lihat Apa Yang Ada Atas Jalan Raya"

Lebih kurang jam 9.40 malam, semalam kami dalam perjalanan dari Terengganu menuju balik ke Kuala Lumpur menggunakan laluan LPT 2.

Apabila sampai di kawasan Rasau, tiba-tiba kereta berlanggar dengan sesuatu benda melintang yang betul-betul terletak di tengah jalan. Kereta hilang kawalan tapi kami bernasib baik apabila pemandu boleh mengawal pemanduan dan berhenti di tepi jalan.

Selepas keluar dari kereta kami terus berlari untuk melihat apakah yang kami langgar itu tadi tetapi satu lagi kereta turut melanggar ‘benda’ tersebut dan turut hilang kawalan sehinggakan hampir terbabas/ Namun, pemandu tersebut bijak mengawal keretanya dan turut berhenti di tepi jalan betul-betul di belakang kami.

Misteri LPT2 Terbongkar

Sebelum sempat sampai ke tempat kereta kami, satu lagi kereta yang menjadikan kereta yang ketiga turut sama melanggar ‘benda’ tersebut sekali lagi. Kami merasa takut kerana pemandu kereta tersebut membunyikan hon seolah-olah menyuruh kami ke tepi mungkin kerana dia tidak dapat mengawal keretanya itu. Kereta ketiga itu dipandu laju dan turut berhenti di tepi jalan yang sama.

Akhirnya segala misteri dan tanda tanya kami terjawab apabila kami mendapati ‘benda’ tersebut adalah sejenis besi panjang yang seberat 20 kg berada di tengah-tengah jalan di lebuhraya berkenaan.

Kami menaiki kereta jenis Perodua Alza, tayar bahagian depan dan belakang, kedua-duanya sebelah kiri, bocor dan sport rim bengkok lagi satu retak dan memang tak boleh lagi digunakan.
Kereta kedua Proton Saga, tayar depan pecah dan sport rim pun rosak (tapi dia tukar tayar dan teruskan perjalanan). Kereta ketiga tak silap aku model Mazda, katanya airbag dia saja terbuka dan tiada masalah lain, jadi dia teruskan perjalanannya.

Misteri LPT2 Terjawab

MACAM MANA BESI TU ADA KAT SITU ?

Masalah jadi semakin berserabut apabila

– LPT2 tak sediakan khidmat towing

– Peronda datang hanya tengok-tengok dan tak tolong pun tukarkan tayar (kitorang tak cukup tools)

– Coverage on off kejap edge, kejap no service (sekejap ada sekejap tiada)

– Kami terpaksa call insurance kereta untuk mintak carikan lori towing terdekat.

Misteri LPT2 Terjawab

Alhamdulillah, semua selamat tiada yang cedera cuma kami kesal dengann khidmat dan keadaan jalan tu. Nak tak nak semua terpaksa tambah cuti kerja nak selesaikan laporan polis, nak tunggu kereta siap repair, duit keluar lagi dan macam-macam lah.

Harapnya pihak LPT2 dapat buat sesuatu dengan kejadian yang telah berlaku ini.

Misteri LPT2 Terjawab



Sumber Misteri LPT2 Terbongkar Selepas Kejadian 3 Kereta Terbabas

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vjKgzM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.