Murid Tahun 1 Maut Dibelasah Murid Tahun 6
SIBU – Seorang murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu semalam dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu.
Mangsa dikatakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai selimut.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang Khamis.
“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.
Seorang murid telah ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menjalani peperiksaan UPSR pada September,” katanya.
Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxGJLq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment