Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Ucap Tahniah Kepada Khairul Hafiz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Ucap Tahniah Kepada Khairul Hafiz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan atas kejayaan memenangi pingat emas dalam acara 100 meter Sukan SEA 2017, di sini.

“Detik yang tersangat bangga untuk Malaysia. Saudara Khairul menjadi juara pecut Asia Tenggara.

“Satu lagi emas utk Malaysia! Tahniah Khairul Hafiz Jantan Raja Pecut Asia Tenggara ! #KL2017 #BangkitBersama #Kebanggaanku,” kata Najib menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau.

Khairul Hafiz, 19, muncul juara selepas melintas garisan penamat dalam masa 10.38s, mengatasi juara bertahan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan catatan 10.43s.

Peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun yang turut mencatatkan 10.43s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa berdasarkan photo finish, manakala seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa dari Sarawak menamatkan larian di tempat kelima dalam masa 10.66s.

Najib dalam pada itu turut menyampaikan kata-kata semangat kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tewas pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland.

“You’ll always be our hero @LeeChongWei,” tulis Najib.

Impian Chong Wei untuk bergelar juara dunia buat pertama kali di penghujung kariernya berakhir dengan tragis apabila tersingkir seawal pusingan pembukaan, hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu tewas di tangan pemain bukan pilihan, Brice Leverdez, dari Perancis 19-21, 24-22 dan 17-21 dalam pertarungan selama 75 minit. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w0Vmr6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.