Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nama Calon Pengerusi MARA Diserah Kepada PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nama Calon Pengerusi MARA Diserah Kepada PM


PASIR PUTEH – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyerahkan senarai nama pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa calon yang layak untuk menggantikan Tan Sri Annuar Musa, yang tidak mahu menyambung jawatannya itu.

“Saya akan berbincang dan menyerahkan dua atau tiga nama. Terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan (siapa pengerusi MARA yang baharu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini, hari ini.

Annuar, yang juga anggota Parlimen Ketereh dan Ketua Penerangan UMNO, menyatakan beliau tidak akan menyambung jawatan sebagai Pengerusi MARA, yang tamat hari ini bagi memberi tumpuan terhadap parti.

Menghargai jasa Annuar kepada MARA, Ismail Sabri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata adalah lebih baik Annuar menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap parti memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hampir.

Annuar dilantik sebagai Pengerusi MARA pada 19 Julai 2013 dan perkhidmatannya disambung pada 12 Ogos 2015. Bagaimanapun, beliau digantung jawatan Pengerusi MARA sejak Januari lepas berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak Kelantan. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uP8eOT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.