Hi! Welcome Back and Stay Tune! Neymar Bakal Tinggalkan Kelab Barcelona - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Neymar Bakal Tinggalkan Kelab Barcelona



BARCELONA -- Kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona semalam mengesahkan ​​bintang penyerang Brazil Neymar da Silva Santos Jr akan meninggalkan kelab berkenaan, lapor agensi berita China Xinhua.

Neymar bersama bapa dan ejennya, memaklumkan kepada Barcelona mengenai keputusannya untuk berpindah dalam satu mesyuarat di pejabat kelab.

Menurut kenyataan Barcelona, "merujuk keada polisi klausa perlepasan yang ada dalam kontrak sehingga 1 Julai, sejumlah 222 juta euro akan didepositkan sepenuhnya kepada kelab."

Jelas kelab itu lagi, "mengenai tuntutan bonus kerana melanjutkan kontrak sebelum ini, jumlah itu masih disimpan sehingga kes diselesaikan."

Bagaimanapun, Neymar masih di bawah kontrak dengan Barcelona dan diberikan pelepasan sementara untuk tidak terlibat dalam sesi latihan.

Neymar dikatakan mahu menyertai Paris St Germain.

Pembelian bintang popular itu bakal mencatatkan rekod perpindahan terbesar dunia dan muncul sebagai pemain termahal dunia.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u1X3mx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.