Hi! Welcome Back and Stay Tune! Paksa Telan Air tandas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Paksa Telan Air tandas



Satu video tersebar di Internet menunjukkan hukuman menjijikkan sebuah syarikat di China untuk kakitangannya yang gagal mencapai sasaran jualan apabila dipaksa minum air dari lubang tandas. 

Dalam rakaman memualkan itu yang mencetuskan rasa geli dalam kalangan pengguna Internet China, seorang kakitangan lelaki dilihat mencangkung di sebelah lubang tandas sebelum mencedok air dari dalamnya menggunakan gelas.

Dia kemudian memeriksa air berkenaan sebelum meletakkan gelas itu pada bibirnya dan meminumnya. Pada masa sama seorang wanita yang turut memegang gelas berisi air dari lubang tandas berkenaan minum dalam keadaan teragak-agak dan menahan geli.

Beijing News melaporkan, mereka kakitangan sebuah studio fotografi di Guang’an, wilayah Sichuan, yang dihukum kerana prestasi kerja tidak memuaskan. Seorang kakitangan wanita kemudian dirakam mengakui mengalami cirit-birit selepas menjalani hukuman berkenaan, malah terlalu mual sehingga hampir muntah ketika cuba makan nasi selepas kejadian itu.

Polis dilaporkan menahan orang yang merakamkan video berkenaan dan dia difahamkan direman selama empat hari. Video itu dimuat naik ke laman sembang WeChat kakitangan syarikat sebelum tular.

Seorang pengurus syarikat menafikan video berkenaan dirakam di syarikatnya, sebaliknya sengaja dilakonkan dan disebarkan dalam kalangan pekerja sebagai motivasi supaya mereka bekerja lebih keras. Polis dilaporkan menyiasat kejadian berkenaan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2gFXz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.