Patuk Tangan Penjenayah Yang Memecah Masuk Rumah - Burung Kakak Tua Ini Diangkat Sebagai Wira Kerana Bantu Polis Memberkas Penjenayah..
Perompak bersiri akhirnya diberkas apabila diserang seekor burung kakak tua ketika cuba memecah masuk sebuah rumah.
Lithuanian Vitalij Kiseliov, 37, berjaya dihalang apabila burung kakak tua bernama Rocky mematuk tangannya.
Kiseliov merompak rumah sepasang suami isteri di Gillingham, Kent pada suatu malam Jun lalu.
Dia mengambil sebuah komputer riba dan telefon bimbit sebelum cuba mengambil Rocky yang berada di dalam sangkar untuk dijual.
Burung itu mematuk tangan Kiseliov sebelum ia dilempar ke luar tingkap.
Darah perompak itu tumpah dan menjadi sampel DNA untuk membantu polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek kes itu.
Kejadian itu menggembirakan Peter Rowing, 72, dan isterinya, Trudy, 70, yang menganggap burung kakak tua peliharaan mereka sebagai wira.
“Polis mengesyaki Kiseliov melempar Rocky ke luar tingkap kerana digigit dan darahnya turut ditemui yang membawa kepada penahanannya keesokan hari kerana tersenarai dalam pangkalan data polis,” kata Rowing.
Menurut polis, Kiseliov ada enam rekod jenayah di kawasan itu selepas dipenjarakan hampir setahun kerana jenayah sama pada 2016.
Rocky yang terlepas dari sangkar di kediaman pasangan warga tua itu kemudian kembali kepada pemiliknya apabila cucu mereka menulis berkenaan pencariannya di Facebook.
Dalam kejadian itu, Kiseliov mencuri dua tangki oksigen yang digunakan Trudy sebagai bantuan pernafasan, serta empat tin arak sebelum keluar dari rumah dengan hasil rompakan berjumlah £1,500 (RM8,359).
Kiseliov yang didakwa dengan enam kes rompakan, iaitu lima yang berlaku diantara pukul 3.45 pagi dan 5.20 pagi pada 15 Jun lalu dan satu pada 11 Jun telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun di Mahkamah Maidstone pada minggu lepas.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vXESCU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment