Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Berusia 14 Tahun Patah Kaki Bergaduh Dengan Rakan Kerana Bergurau Sentuh Rembut Rakan Dalam Kelas.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Berusia 14 Tahun Patah Kaki Bergaduh Dengan Rakan Kerana Bergurau Sentuh Rembut Rakan Dalam Kelas..



SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Seorang pelajar tingkatan dua patah kaki kiri akibat dipukul oleh rakan sekelas yang berang dengan gurauan menyentuh rambutnya.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari di sebuah sekolah menengah di Senawang, pelajar berusia 14 tahun itu dikatakan telah mengusik rambut rakannya, menyebabkan remaja itu marah.


Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, mangsa memberitahu rakannya itu tiba-tiba marah dan menampar mukanya sebanyak dua kali. 

"Mangsa terkejut dengan tindakan rakannya, lalu segera memohon maaf. Namun disebabkan kemarahannya yang tidak reda, akhirnya berlaku pergaduhan di antara mereka. 

"Pergaduhan itu menyebabkan kaki kiri mangsa patah. Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah," katanya. 



Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis menerima laporan polis berhubung kejadian itu yang dibuat oleh kakak mangsa berusia 43 tahun. 

Siasatan mendapati punca pergaduhan itu berlaku kerana mangsa bergurau dengan suspek. 

"Berdasarkan laporan yang dibuat oleh kakak mangsa, adik lelakinya mengalami patah kaki akibat perbuatan salah seorang pelajar dari kelas yang sama. 


"Mangsa memberitahu, dia telah bergurau dengan seorang rakan ketika di dalam kelas. Namun gurauannya itu telah menyebabkan rakannya itu marah walaupun mangsa telahpun meminta maaf. 

"Suspek dikatakan mengangkat badan dan menjatuhkan kaki mangsa ke lantai menyebabkannya patah. 


"Pihak sekolah membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan," katanya. 

Polis telah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wcZx3r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.