Penutup Botol Jadi Jalur Gemilang
Seramai 40 orang murid bersama 10 orang guru Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (SKRPR) Jalan Astana di sini berjaya menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan penutup botol bagi meraikan ketibaan Hari Kebangsaan ke-60 semalam.
Guru Besar sekolah itu, Assahari Ally Hussein berkata, projek berkenaan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. Menurutnya, pihak sekolah berjaya mengumpul 61,322 penutup botol air minuman sejak Jun lalu termasuk yang disumbangkan orang ramai.
“Kami menghasilkan dua pasang Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak. “Setiap satu bendera ini dihasilkan menggunakan 3,040 biji penutup botol dan secara keseluruhannya kira-kira 6,080 biji penutup botol digunakan untuk menghasilkan kedua-dua bendera ini,” katanya ketika ditemui di sekolah itu semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wtynaO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment