Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Pada Sesi Asia Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Pada Sesi Asia Hari Ini

Selain itu, laporan indeks Inflasi PMI Caixin akan berlangsung pada jam 9:45 am nanti. Bacaan yang di jangkakan adalah 50.4. Semalam Indeks Inflasi PMI CFLP mencapai kadar 51.4, walaupun di bawah sasaran, namun kadar ini masih menunjukkan perkembangan pada ekonomi semasa di China.

Jika indeks PMI melebihi tanda aras 50.0, ini bermaksud ekonomi China masih dalam keadaan baik dan akan terus berkembang, begitu juga sebaliknya.

Pada jam 12.30 tengahhari ini pula akan di keluarkan laporan kadar faedah terkini daripada bank pusat Australia (RBA). Para pelabur menjangkakan kadar faedah tidak berubah pada 1.5% jika kerajaan ingin kekalkan kestabilan ekonomi mereka.

Indeks dollar US yang mengukur kekuatan greenback berbanding dengan enam matawang utama yang lain, terus melemah dan susut. Pada pembukaan pasaran Asia hari ini melihat indeks susut sebanyak 0.57% kepada 92.67.

Pasangan matawang AUDUSD telah bergerak sekitar 80.30 setakat jam 9.22 pagi, manakala USDJPY pula meningkat 0.11% kepada 110.38

Semalam dollar US membenam ke paras 14 bulan terendah berbanding dengan matawang utama yang lain. Aktiviti ekonomi dan geopolitik yang tidak menentu antara punca greenback melemah. Tambahan pula, melalui laporan PMI daripada ISM-Chicago semalam, aktiviti pengilangan semakin berkurang.

Indeks PMI Chicago semalam jatuh kepada 58.9, berbanding 65.7 pada Jun. Walau bagaimanapun, bacaan di atas 50 masih menunjukkan keadaan ekonomi yang baik.

Bacaan penjualan matawang US meningkat sehingga $3.92 billion pada 25 Julai berdasarkan pengiraan data Dagangan Komisyen Rueters dan Komiditi yang di keluarkan Jumaat lepas. Matawang pound dan euro antara punca utama dollar US semakin tertekan kerana kedua-dua matawang ini tutup menghampiri paras tertinggi dalam sesi pasaran terakhir.

The post Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Pada Sesi Asia Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPEl4i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.